What I’m doing now…
...is currently trying very hard transferring old blog entries from Joomla! into Wordpress. Apparently the converter doesn't work on this version of Wordpress. It's too advanced LOL!
Random Features

image gkj_map2_small.jpg

image angelic.jpg

02: Demam

chapter 2

abby membuka matanya. kepalanya terasa sangat berat. hari ni terasa
agak lain dari hari-hari sebelumnya. entah kenapa kaki dan tangannya
terasa kebas. suasana agak terang berbanding hari-hari sebelumnya.

“mak?”

“mak kat sini, angah. rehat ya, kejap lagi doktor sampai.” satu suara yang
sangat dikenalinya menjawab. abby cuba mengangkat kepalanya. tetapi
ada tangan yang membawa kepalanya kembali ke atas bantal. anehnya
abby tidak cuba melawan.

“pukul berapa ni?”

“sebelas.”

“eh, angah nak pegi kerja laaa mak. dah lambat dah ni.”

serta merta tangan abby dipegang oleh ibunya. belakang tangan abby
disentuhkan ke dahinya. abby terus sedar bahawa badannya sangat
panas. dia menghela nafas panjang.

’sekurang-kurangnya aku tak payah mengadap mangkuk ayun tu hari
ni’, fikirnya dalam hati.

mak abby bangun dari sisi katil lalu keluar dari bilik tidur abby. abby
dapat mendengar ibunya berjalan ke tingkat bawah. dia memandang
ke arah pintu yang sedikit terbuka. abby terfikir di mana adiknya
sekarang.

sayup-sayup kedengaran ibunya sedang bercakap dengan seorang
lelaki. ‘doktor tu kot’ fikirnya. abby memejamkan mata. bilik tidurnya
terasa sangat luas pada pagi itu. dia mula merasakan tubuhnya
tenggelam ke dalam tilam yang empuk, dan terus jatuh ke bawah….

“angah!”

satu suara mengejutkan abby dari lenanya. seorang budak perempuan
berumur 9 tahun tersengih memenuhi ruang matanya. inara. tangannya
yang kecil itu memegang sehelai kain lembab yang baru saja ditekap
di dahi abby.

“angah, tadi boypren angah datang. waaa… hensem tuh!” adiknya
tersengih-sengih. ibu abby melangkah masuk ke dalam bilik. dia terus
duduk di sisi abby sambil memegang sudu dan cawan kecil yang berisi
plastik ubat.

“ina, bila pulak angah ada boypren. tah orang tua mana ntah yang
datang tu, kata boypren pulak. ntah-ntah doktor tu pulak,” sergah abby.

“doktor dah balik pagi tadi. dia bagi injection pada angah. katanya
esok lusa kebah laa demam tu. demam biasa aje. tadi ada sorang
budak lelaki datang naik keta, dia tanya khabar. lepas tu dia bagi
bunga.”

‘BUNGA?!!’ abby terkejut. dia membuka matanya luas-luas sambil
menoleh ke kiri katil. sejambak bunga ros merah yang telah
diletakkan ke dalam vas dengan kemas. muka abby bertukar
menjadi merah.

user posted image

“celaka punya mangkuk ayun”, secara tak sengaja terpacul dari
mulut abby. ibunya terkejut, tetapi sejurus kemudian tersenyum.
adiknya tergelak-gelak mengekek. kemudian dia terus berlari keluar
bilik.

“tak baik cakap macam tu angah. angah tu dah besar. dah jadi
perhatian orang. kita kena la jaga hati, tak baik cakap orang macam
tu,” kata ibunya sambil membelai rambut abby.

“mak, angah tak kenal dia la mak. hari-hari dia terconggok kat depan
kedai dia tu. konon-konon tengah menyapu la. angah tengok depan
kedai tu dah bersih. bersih sangat. mengada-ngada la budak tu.
menyampah”, kata abby sambil mencebik bibir.

abby menarik badannya bangun dan bersandar ke bantal yang
disandarkan ke kepala katil. dia memandang ke arah jambangan
bunga di kiri katilnya. ibunya menghela nafas panjang lalu bangun
dari kerusi. dia meletakkan sudu dan cawan ke atas meja kecil
di kanan katil.

“mak nak masak dulu. dah nak maghrib dah ni. rehat ya.”

abby memandang ke arah jam. ‘lama aku pengsan…’ fikirnya. dia
memandang kembali ke arah jambangan bunga. tiba-tiba dia ternampak
sekeping kad dicelah kuntuman bunga ros tersebut. abby
menggerakkan badannya merapati meja di kiri katil lalu mencapai
kad tersebut.

pada kad tersebut tertera ’smiley face’ yang besar dengan tulisan
kecil di bawahnya: to my ever smiling face.

“kurang ajar punya mangkuk! ni dah lebih laa ni!”