03: Konfrontasi Pertama
chapter 3
sekali lagi di hadapan sebuah kedai peralatan muzik, kelihatan seorang
lelaki sedang menyapu kaki lima kedai tersebut. namaun pada hari ini,
dia kelihatan agak bersungguh-sungguh menyapu di hadapan kedai
tersebut, dan setelah berpuas hati dengan kerjanya, dia pun masuk
kembali ke dalam kedai.
itu dari atas kounter kedai bersama-sama dengan sebuah kerusi kecil.
pian terus bersandar sambil membaca suratkhabar.
“pian!” jerit mak limah dari dalam kedai. pian tidak berganjak dan
masih khusyuk dalam pembacaannya. dia kelihatan sedang asik
membaca artikel yang menarik perhatiannya.
“oi pian, orang panggil dia buat tak dengar pulak!”
pian menoleh, mak limah sudah menjengah di depan pintu. dia
mencekak pinggang sambil di tangan kirinya kelihatan memegang
segulung poster. “pian tolong tampalkan poster ni. tampal satu kat
studio A, satu lagi kat B, satu kat kaunter, pastu satu lagi ni tampal
kat cermin ni”, suruh mak limah, sambil mencampakkan segulung
poster ke riba pian.
pian mengangguk lalu melipat suratkhabarnya ke tepi. tak sampai 10
minit lepas itu, dia kembali duduk ke kerusi di depan kedai dan kembali
menyambung pembacaannya. di ribanya terdapat dua keping poster
baki dari yang ditampalnya, dan dia bercadang untuk menampal satu di
7-eleven dan satu lagi di perhentian bas tak jauh dari kedainya.
ada sesuatu pada poster itu yang menarik perhatiannya. pian berhenti
membaca suratkhabar tersebut dan membuka poster itu kembali. poster
itu adalah poster promosi gig yang akan diadakan di hujung bulan beserta
dengan band-band yang akan membuat persembahan. pian mencari
sesuatu…
“ah… edmund’s coffee ada, neuro-cys pun ada, eh, ok gak gig nih.
‘hitam-tak-gosok’? apa nama band macam ni nih? mengarut betul.
‘ever smiling face’? ehhh… macam pernah dengar aje band ni,” pian
berkata seorang. dia segera merujuk kepada suratkhabar yang
dipegangnya tadi.
dia membelek muka surat yang dari tadi dibacanya. di satu segmen
tertera ’southern national indie/underground band competition’ dengan
sub-tajuk ‘10 finalists into to win best southern national band’. mata
pian tertarik pada satu nama… ‘ever smiling face’.
“uih, finalis tu. tak tahan beb.”
pian bersandar dan memandang ke hadapan. dia terkejut apabila
seorang gadis sedang berdiri di hadapannya sambil bercekak
pinggang. pian tidak tahu sama ada dia patut bangun atau terus
duduk.
“apehal kau datang rumah aku semalam? kau ingat hari-hari kau
dok stalking aku, kau boleh datang rumah aku? banyak cantik!” sergah
gadis tersebut. kedudukan gadis tersebut yang membelakangkan
matahari pagi menyebabkan pian agak sukar meneliti reaksi dan
mimik muka gadis itu.
“abby?” pian bersuara, cuba memastikan samada gadis itu betul
abby atau tidak.
“eh mangkuk, kau jangan nak berlagak datang rumah aku naik
kereta, lepas tu macam bagus bagi bunga pulak. hei, aku kenal
kau pun tidak, tau tak!?”
“eh apehal ni beb?” pian bingkas bangun kerana tidak tahan dileter.
“eh, duduk bawah!” sergah abby sambil menolak pian hingga terduduk.
“eh pompuan, ni apehal pulak pagi-pagi membebel tak tentu pasal
ni? bunga apa ni? bila aku datang rumah kau?” pian menyergah
kembali, tetapi masih duduk di atas kerusinya.
“eleh, buat tak tau pulak. oi jantan, grow up laaa. jangan jadi budak-
budak, hantar bunga la, jumpa parents la, tunjuk kereta besar la,
apa laaa. kalau aku tak kenal kau, kau ingat aku nak kawan dengan
kau?” leter abby sambil menuding jari.
pian dengan bingkas menggenggam tangan abby yang sedang
menuding jari ke mukanya. dia bangun perlahan-lahan untuk
memberikan kesan dramatik kepada abby. abby tergamam dan
cuba melepaskan tangannya dari genggaman pian. sungguhpun
genggaman tersebut tidak menyakitkan, tapi dia tidak dapat
melepaskan tangannya.
“hei beb, aku tak paham apebenda yang kau cakap ni. aku sendiri
tak tau rumah kau kat mana, dan aku sendiri takde lesen kereta.”
“sudahlah! jangan nak bohong.” abby mencampakkan kad dari bunga
semalam ke muka pian. “ni, tengok kad ni, tengok logo tu, sama
dengan logo kat kedai kau ni,” kata abby sambil menunjukkan
logo pada poster yang baru saja ditampalnya tadi.
“eh tapi ni bukan-”
“oh shut up,” abby bergegas melintas jalan untuk kembali ke kedai
buku roy. dia mencapai basikalnya yang diletakkan di bahu jalan
lalu menyorongnya ke dalam kedai.
pian terpinga-pinga. dia melihat ke dalam kad yang dipegangnya
itu. kelihatan logo smilye face itu sama dengan logo smiley yang
tertera pada poster gig tersebut. di bawah logo smiley tersebut
tertera nama ‘ever smiling face’.
pian cuba mengaitkan logo tersebut dengan bunga, kereta, parents,
datang ke rumah dan perangai abby yang sangat pelik pada pagi
itu.
‘orang pompuan ni kalau demam memang pelik la. takpun, datang
bulan kot,’ fikirnya sendiri.