08: Backstage
din mencapai beberapa helai t-shirt yang sedia tersusun di atas meja, lalu
menghulurkannnya kepada abby. abby terpinga-pinga.
“t-shirt yang kitorang print sendiri. ambikla, limited edition ni,” kata din
sambil tersenyum. abby mengangguk lalu mengambil 3 helai t-shirt.
arah din dan rizuan.
“ah selamba aje. kitorang yang cetak, tapi bukan duit kitorang,” rizuan
pulak yang menjawab.
abby melabuhkan punggung ke atas sebuah sofa yang tersedia di ruang
itu. kedengaran di atas pentas beberapa orang sedang membuat persiapan
pada alat muzik masing-masing, dan sesekali mereka menjerit-jerit
mengeluarkan arahan, tetapi suara mereka ditenggelami bunyi alat
muzik yang dimainkan.
abby melihat sekeliling ruang tersebut. ia tidaklah seperti apa yang
dibayangkan oleh kawan-kawannya waktu di sekolah dulu. mereka sekarang
sedang duduk di satu ruang yang dipisahkan dengan beberapa buah
partition. setiap ruang dikhususkan untuk satu kumpulan, dan mereka
hanya dibumbungi dengan khemah kenduri kahwin.
sedang rizuan dan din bersiap menukar but dan t-shirt, abby terdengar
satu suara yang memang tak asing lagi.
“badin,” ujar suara itu.
abby tak menoleh.
“ha pian, duduklah,” rizuan menyapa. “ape cerita?”
“ni member tadi, dia hilang kasut dia masa gi masjid tadi. korang kan
selalu ada banyak kasut spare. boleh pinjamkan satu untuk dia tak?
malam ni aje.”
“ambiklah dalam kotak tu,” rizuan berkata sambil menunjukkan sebuah
kotak di sebelah sofa abby.
pian ragu-ragu sebentar, tetapi terus merapati kotak tersebut. abby
tidak bergerak langsung, tidak mahu mengiktiraf kewujudan pian
yang sedang berada di dalam lingkungan semeter darinya.
sedang pian menyelongkar kotak mencari sepasang kasut yang sesuai
untuk kawannya yang sedang menunggu di luar, sekumpulan gadis
menjerit-jerit masuk ke ruang rehat itu. pian tersentak apabila salah
seorang dari gadis itu memeluknya serta merta.
“apehal ni?”
“we love your songs!”
“err…” pian terpinga-pinga. dia menjeling ke arah din. dia terkejut
melihat din sedang menandatangan dada t-shirt gadis tersebut
dengan sebuah marker. dia terus diam. bilik itu hangar-bingar dengan
hiruk-pikuk 5 orang gadis yang nampaknya betul-betul tergila-gilakan
band itu.
ape jadah! dengus pian dalam hati. gadis yang sedang memeluknya
mula melepaskan dakapan. dia tersengih. pian hanya diam. kemudian
dia terus menghulurkan marker lalu menyuakan bahunya kepada pian.
din dan rizuan baru sahaja melayani peminat-peminat mereka apabila
pian menyerahkan kembali marker tersebut kepada gadis itu. seketika
kemudian bilik itu kembali senyap. yang hanya kedengaran adalah
persiapan terakhir yang dibuat oleh kumpulan yang sedang berada
di atas pentas.
“performance belum start, dah kecoh! kelakar betul,” gelak rizuan
disambut oleh din. “si pian pun join sekali hahahahahh!”
pian hanya diam. dia memegang sepasang but terpakai lalu
mengangkatnya searas bahu tanda mahu mengambilnya. din
tidak berkata apa-apa tapi hanya tersenyum mengangguk. ketika
pian bergerak mahu menyerahkan kasut but itu kepada manap yang
sedang menunggu di luar, dia menyedari bahawa abby tidak lagi
berada bersama mereka.
din dan rizuan menyedari perkara yang sama, dan masing-masing
tertanya-tanya. baru sebentar tadi abby berada bersama-sama
mereka. din menepuk dahi. “rizuan, ko pergi carik dia.”
“dia tak biasa agaknye,” ujar rizuan sambil mula bergegas ke luar.
tetapi baru sahaja dia nak melangkah, dua orang ahli band mereka
yang lain melangkah masuk, tergesa-gesa bersiap dengan
peralatan mereka masing-masing.
“woih guys, sorry lambat! susah carik parking laaa.”
rizuan tidak jadi melangkah.
“rizuan, aku rasa elok kita prepare aje sekarang. biar pian yang
carik dia…” din berkata sambil menjeling kepada pian. pian sudah
pun separuh jalan ke luar. dia menoleh dan tidak memberikan
sebarang reaksi. kemudian dia hanya mengangkat bahu dan
terus berjalan keluar.
apehal pulak aku yang kena carik dia? sendiri bawak naga, sendiri
jaga laaa! tapi itu semua hanya dalam fikiran pian sahaja…
baru sahaja pian melangkah keluar dari belakang pentas,
dia melihat manap sedang berkata sesuatu kepada abby. dia
melangkah perlahan ke arah abby dan manap. tetapi sebaik
sahaja dia rapat dengan mereka, abby terus melangkah
laju meninggalkan mereka, menghala ke jalan besar.
“apehal ko ni pian?” nada suara manap agak kasar dan tidak
disenangi oleh pian.
apehal pulak macam nak gaduh ni? “apehalnya?” tanya pian
balik.
“kauorang buat apa kat backstage? korang buat apa kat dia?”
“oi, apehal pulak ni? aku tak buat ape-ape kat dial ah!”
“hello? kalau tak buat apa-apa kenapa dia nak balik dah?”
balik? ah, pompuan sekor ni, kecoh betullah! “aku nak pegi
kejar dia. nah kasut kau,” pian menghulurkan sepasang but
tadi kepada manap. kemudian terus bergegas meninggalkan
tapak konsert tersebut. “aku balik sendiri!” jeritnya dari
seberang jalan.
sukatikolalabu! fikir manap. dia terus bergegas menemui
albert yang baru keluar dari tandas portable.
“apehal ni kawan?”
“ko ni takde ayat lain ke nak tanya?”
“aiiyaaa”