06: Gig
abby mencapai beg galas yang terletak di sebelah
almari telefon. sambil berjalan keluar dia mencapai
payung kecil yang disangkut di sebelah pintu.
“mak angah keluar dulu ye!”, abby melaung kepada
maknya di dapur.
“elok-elok angah!” laung maknya sayup-sayup dari
dapur.
abby terus melompat ke dalam kasutnya yang telah
tersedia dari tadi. kemudian dia tergesa-gesa berlari
keluar rumahnya. sebuah kereta wira sedang
menunggu di hadapan rumah abby dengan pintu
yang terbuka. din berada di tempat duduk pemandu
sementara rizuan duduk di sebelahnya. pada
mulanya abby teragak-agak untuk masuk dalam
kereta, tetapi memandangkan pintu yang sudah
terbuka, dia terus melompat masuk.
din terus memecut kereta menuju ke bandar. abby
mengelamun sepanjang perjalanan dan tidak
mengendah perbualan ringan di antara din dengan
rizuan. fikirannya melayang, dia masih tidak pasti
samada petang tadi dia ada memberikan kata iya
pada din dan rizuan.
ah tak kisahlah. pada fikirannya, sekurang-kurangnya
dia boleh menonton persembahan din. rizuan? pedulik
hapa!
“awak nak minum dulu, abby?” tiba-tiba rizuan
mengajukan soalan, mematikan lamunannya.
“err, tak kisah. kalau korang nak minum, saya ikut
je.”
“din, kita minum kat lido. lagipun kira dekat laa dengan
dataran tu,” rizuan mengajak.
“ok jugak tu.”
10 minit kemudian mereka tiba di lido. beberapa buah
gerai yang baru dibuka di situ kosong menunggu
pelanggan. abby melihat jam tangannya. sudah pukul
6.45 petang. mereka bertiga terus duduk di gerai yang
nampaknya paling bersih di situ.
“minum apa, bang?” seorang budak lelaki lebih kurang
15 tahun tersengih mengambil pesanan.
“milo ais”
“cikong sejuk. abby?”
“err… cikong sejuk jugak,” abby menjawab soalan din.
budak itu berlalu dari situ apabila melihat mereka tidak
mahu makan. abby melihat t-shirt yang dipakai oleh
budak lelaki itu. dia tertarik apabila melihat logo ‘ever
smiling face’ tertera di belakang t-shirt yang dipakainya.
din menguit tangan rizuan, dan memberi isyarat mata
mengarah ke arah t-shirt budak itu.
“weh, peminat kita tu!” rizuan tergelak kuat apabila
melihat logo band mereka dijaja ke sana sini oleh
budak gerai itu. rasa bangga mula meluap-luap dan
ketara di wajah rizuan. din hanya tersengih.
“berlagak lah tu,” abby tiba-tiba menegur. rizuan tak
henti tersengih, tetapi din menelan sengihnya sambil
menggaru kepala. “tak baik berlagak laaa. kalau dah
popular, kena rendah diri,” kata abby lagi.
panas. tiba-tiba suasana di sekitar menjadi panas. din
hanya menguit senyum simpul sambil memandang ke
langit sementara rizuan masih lagi tersengih. “apa nak
buat, memang dah popular, hahahahah,” rizuan terus
menyeringai.
“kalau dah popular, kenapa budak tu tak kenal haa?”
“err…,” rizuan menggaru kepala. din angkat bahu. “dia
segan heheh”
“poorah”
budak itu kembali dengan sebuah dulang berisi dua
cikong sejuk, dan segelas milo ais. din mengangkat
mangkuk berisi cikong sejuk yang pertama lalu
menyajikannya di hadapan abby. budak yang terkial-kial
mengangkat dulang tu hanya tersengih. “terima kasih
bang.”
“terima kasih, dik. mintak ais kosong satu, ok?” ujar din
sambil menghulurkan milo ais kepada rizuan.
abby mendengar bunyi tapak kaki rapat di belakangnya.
namun tidak dipedulikannya kerana asik menguis buah
kembang semangkuk serta isi cikong di dalam mangkuk
di hadapannya.
“badin,” ujar satu suara di belakang abby. abby tidak
menoleh, tetapi dia melihat din mengangkat kepalanya.
“badin buat performance ke malam ni?” ujar suara itu lagi.
abby merasa macam pernah dengar suara itu.
“eh, pian. duduklah dulu,” rizuan menyapa.
PIAN! apa pulak mangkuk ayun tu buat kat sini! abby
menjerit-jerit di dalam hati. perlahan-lahan dia menoleh
ke belakang. bila mata pian terkunci pada mata abby, dia
terpempan seketika. suasana menjadi hening.
angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
dedaun keguguran.
pian masih berdiri di sudut meja.
abby terdiam kaku.
rizuan dan din tak paham apa yang belaku.
“badin, saya nak join kawan-kawan saya. diorang dah
tunggu kat gerai sebelah,” tiba-tiba pian berkata. dia
terus belalu dari situ bertemu dengan kawan-kawannya
di gerai sebelah. abby kembali mengadap cikongnya. dia
menyudu pantas, hatinya tak keruan.
“apahal tu?” rizuan bertanya kepada din, sambil
menjeling ke arah abby.
“entah. datang bulan kot.”
abby menghirup cikong sejuk tersebut. tiba-tiba
rasanya menjadi tawar…
din mengangkat bahu, lalu terus berbual-bual seketika
dengan rizuan. abby terus menghabiskan cikong sejuknya
dengan segera, kerana itu sahaja yang dapat dilakukan
demi melayan perasaannya yang tak keruan. sebenarnya
dia rasa bersalah memaki mangkuk ayun tu tempoh hari.
tetapi abby berulangkali meyakinkan dirinya bahawa
perlakuannya betul. namun jauh disudut hatinya, dia
rasa dia tak sepatutnya berbuat demikian, lebih-lebih
lagi selepas mengetahui mangkuk ayun tu ialah adik
din.
tiba-tiba kedengaran azan dari masjid yang berdekatan,
menunjukkan masuknya waktu maghrib. abby mencapai
beg yang dibawanya lalu bangun dari kerusi.
“nak ke mana abby?” rizuan menegur, pelik dengan abby
yang tiba-tiba bangun dari meja.
“nak semayang. korang tak semayang maghrib ke?”
muka din dan rizuan merah padam. din tersengih lalu
menggaru kepala. rizuan memandang ke kiri dan kanan.
“kitorang musafir…”
“poorah sekali lagi!”