05: Bunga
abby terjaga pada pagi itu apabila dikejutkan oleh
adiknya. dia teringat pagi itu ialah pagi sabtu, dan
dia tidak bekerja pada pagi itu. dengan berat abby
bangun dari tempat tidurnya. dia memandang ke
arah pintu di mana adiknya tercegat berdiri.
“tak dengar ke orang cakap?” adiknya bertanya.
“apa dia? orang tidur laaa tadi.”
“ada kawan angah datang laaa. yang hari tu bagi
bunga tu. dia ada tunggu kata bawah. cepat laa
bangun!”
bunga? serta merta mata abby segar bugar. dia
teringat mengenai bunga yang diletakannya di dalam
bakul sampah malam semalam. abby bingkas
bangun lalu bergegas ke bilik mandi. dua tiga kali
cuci dan gosok gigi sudah memadai untuk si
mangkuk yang bagi bunga tu, fikirnya.
bila abby keluar dari bilik mandi, adiknya sudah
turun ke bawah. dia mendapati tiada sesiapa di
ruang tamu, lalu menerkam ke pintu depan rumah.
sebaik pintu dibuka, abby melihat dua orang
mamat berdiri di depan pintunya. salah seorang
dari mamat itu membelakanginya.
“nak apa?” tanya abby perlahan.
lelaki yang membelakanginya menoleh.
din.
abby tergamam. seorang lagi mamat yang berdiri
di depan pintunya itu tak dikenalinya.
“hai abby. baru bangun ke?” tanya lelaki itu sambil
tersenyum. din bersandar ke tepi pintu. abby masih
tak menjawab kerana dia tak menduga din akan
datang ke rumahnya.
“awak ni pelupa betullah abby. awak mesti lupa
dengan rizuan kan? dah agak dah,” din berkata,
apabila dilihatnya abby senyap dan tergamam.
abby melihat wajah mamat yang berdiri di depannya
itu dan cuba mengingati nama dan wajah itu.
“ni classmate sayalah! takkan tak ingat kot? kitorang
selalu keluar minum sama-sama,” din cuba membantu
abby mengingat semula.
abby tersenyum. dia teringat semula senario ketika
di sekolah dulu. ah, memori lama memang manis.
dia mula teringat rakan-rakan sekelas din, cuma
sejak dulu dia cuma menumpukan perhatian pada
din seorang. oh well.
“ada apa ni?” tanya abby.
“kitorang nak ajak awak tengok persembahan
band kitorang malam ni. nak tak?” ajak din.
rizuan tersenyum mengiakan kata-kata din.
“band korang?”
“ha ah. kitorang ada band yang kitorang form
masa lepas abis sekolah dulu. pastu masa
kitorang kat US kitorang tukar line-up, buat
lagu baru. so malam ni kitorang ada gig kat
dataran,” rizuan menjawab. dia nampak
beria-ia mahu mengajak abby.
abby mennggosok bahu kirinya. dia tidak
bercadang untuk keluar pada malam itu,
terutamanya kalau nak keluar berseronok-
seronok. tapi, yang mengajak ialah din dan
kawannya. mesti dapat duduk belakang pentas
macam yang selalu diceritakan oleh kawan-
kawan perempuannya setiap kali cabut lari
dari asrama pada waktu malam.
“nak keluar tak?” tanya rizuan lagi.
abby mengangkat bahu kerana dia masih
belum membuat keputusan.
“apa nama band korang ni? korang main
lagu camne?” tanya abby. dia sengaja
bertanya bagi menunjukkan dia berminat.
sekurang-kurangnya mengumpan din untuk
betul-betul mengajaknya keluar.
“ever smiling face.”
abby terkedu. serta merta dia teringat kad
yang terdapat pada jambangan bunga yang
kini berada dalam bakul sampah biliknya.
maknanya, memang bukan budak mangkuk
ayun tu yang bagi laaa.
abby terasa malu bercampur kesian bila
mengingatkan mangkuk ayun yang secara
percuma aje kena maki hamun. rupa-rupanya
salah faham. din yang bagi rupanya.
“awak bagi bunga kat saya hari tu ye?”
tanya abby sambil bersandar ke jenang pintu.
dia tersenyum memandang din. “thanks a lot.
saya memang suka bunga”
“err,” din mengangkat kedua-dua tangannya
menidakkan kata-kata abby. “bukan saya
yang bagi. rizuan ni ha yang beria-ia nak
bagi. dah lama tak jumpa katanya. heh heh heh,”
kata din sambil menyiku tangan rizuan.
urgh.
rizuan hanya tersengih. matanya mengharap
penerimaan dari abby, tetapi abby semakin
tergamam. apehal pulak mamat ni tiba-tiba
bagi aku bunga? ingatkan din yang bagi, rupanya
ada lagi mangkuk lain yang menyemak!
urgh lagi sekali!