04: Din
petang itu tidak lagi terasa macam petang-petang sebelumnya. selalunya
sebelum balik, abby akan perlahan-lahan mengemas kaunter sebelum
diambil alih oleh kak sofea, jiran abang roy yang mengambil sif petang.
biasanya pada sebelah petang dan malam kedai buku abang roy lebih
mengkhusus kepada perkhidmatan fotostat, jilid buku dan sebagainya.
lambat sampai, sedangkan biasanya pukul 3.30 lagi dia dah tercangak
depan pintu kedai dengan sandal dua incinya. sesekali dia memandang
ke luar kedai memerhatikan orang ramai yang lalu lalang di hadapan
kedainya.
abby merasakan dia telah melakukan sesuatu yang silap dengan
memaki mamat yang bekerja di seberang jalan itu, semata-mata
kerana dia terlihat logo yang sama. sebenarnya kalau nak diikutkan,
memanglah alasan logo itu tak kuat, tapi abby terasa amat yakin
bahawa mamat itulah malaun yang datang ke rumahnya semalam.
ah… kalau benda dah nak jadi, belasah ajelah! betul tak betul, itu
lain kali boleh cerita. abby melayan perasaan geram dan meluatnya
terhadap mangkuk ayun kedai seberang itu. berani betul mangkuk
tu datang ke rumahnya semalam. bagi bunga pulak tu!
tapi… dia tak mengaku. nampak jujur. ah, kalau tak, siapa lagi?
abang roy sedang berbual-bual dengan salah seorang pembekal stok
alatulis di tengah kedai. sesekali abby menjenguk ke arah abang roy.
nak sangat rasanya untuk mencelah perbualan abang roy untuk
meminta izin keluar lebih awal. sedang abby mencongak-congak itu,
kelihatan sebuah kereta berhenti betul-betul di depan kedainya.
seorang lelaki keluar dari kereta wira tersebut, melihat kiri dan kanan
sebelum melintas seberang jalan ke kedai muzik tersebut. sambil
melintas dia menekan butang alarm keretanya. tik tok!
abby bangun, tanpa berlengah mengambil begnya lalu memberi
isyarat tangan kepada abang roy yang sedang rancak berbual.
abang roy mengangkat tangan tanda mengizinkan abby balik lebih
awal. abby mencapai basikal yang diletakkan di depan kedai lalu
menyorongnya di atas kaki lima.
“abirah!” satu laungan selamba menerkam telinga abby. seorang
lelaki sedang melambai dari hadapan kedai muzik tersebut. abby
tidak dapat mengenalpasti lelaki tersebut, tapi yang nyata dia bukan
pian, mangkuk ayun yang selalu memerhatikannya.
‘ah sapa pulak ni’, fikirnya dalam hati. abby betul-betul tak semangat
pada petang itu untuk melayan sesiapa. dia hanya mahu balik.
lelaki tersebut berlari perlahan melintas jalan lalu datang ke arahnya.
“hai abirah. tak kenal ke?” ujar lelaki tersebut. lelaki hensem
yang berdiri di depannya hanya tersenyum. rambut lelaki tersebut
menutupi dahi hingga ke aras mata menyebabkan abirah tidak
dapat mengecam wajah lelaki itu betul-betul. abirah mengerutkan dahi.
mamat yang berdiri kat depannya ini macam dikenalinya. tapi
kurang pasti di mana.
“hei, takkan dah lupa kot? ni din lah!” lelaki itu memperkenalkan
dirinya. abby masih berdiri dengan tangannya memegang basikal.
lama dia berfikir, kemudian dia tersenyum. dia ingat semula. din!
“hai din! lama tak jumpa! bila awak balik dari US? cuti ke ni?” abby
mula bersemangat. lelaki yang berdiri di depannya ini adalah
senior ketika di sekolah asrama penuh, tiga tahun lebih tua.
“dekat sebulan balik sebenarnya. bukan cuti, tapi terpaksa balik.
takde sapa nak biaya saya belajar kat sana. dah abis diploma ni
ingat nak sambung degree terus. jadi sekarang ni tengah carik
sponsor lain untuk sambung belajar. awak buat apa sekarang?”
“kerja sambilan aje. kat kedai buku ni. awak dari mana ni?” tanya
abby kembali.
“dari rumah. nak jumpa adik saya kejap…”
“adik? awak ada adik ke kat sini?” abby terkejut.
“ada. pian, dia kerja ngan makcik saya kat kedai muzik tu…” ayat
din tergantung kerana melihat reaksi wajah abby.
abby menelan air liur dengan berat. dulu dia pernah digosipkan
dengan lelaki yang sedang berdiri di depannya waktu di sekolah
dulu. masa tu dia baru masuk tingkatan 4, dan dia di tingkatan
6 atas. dan sekarang ni baru dia tahu mangkuk ayun yang
selalu memerhatikannya itu ialah adik kepada lelaki idamannya.
urgh!